______________________________________
QUOTE
Arch Linux is a general purpose linux distribution that can be molded to do just about anything. It is fast, lightweight, flexible, and most of the parts under the hood are quite simple to understand and tweak, which can make it a good distro to "learn the ropes" on. We do not provide any configuration helper utilities (ie, you won't find linuxconf in here) so you will quickly become very proficient at configuring your system from the shell commandline.
Setelah membaca penerangan tentang distro ini, saya agak tertarik untuk mencubanya. Distro yang saya gunakan sekarang ialah Vector Linux 4.0, sebuah distro kecil berasaskan Slackware 9.0. Dalam ertikata lain ianya adalah Slackware 9.0 yang telah diubah suai supaya lebih pantas dan sememangnya ia agak pantas di komputer saya berbanding beberapa distro lain yang pernah saya guna seperti Redhat, Mandrake dan Suse. Saya agak berpuas hati dgn Vector tetapi agak tertarik dgn Arch. Nasib baik ada sebuah lagi komputer yang boleh digunakan untuk mencuba distro-distro lain. Saya bermula dengan memuat turun ISO images Arch Linux 0.6 daripada website mereka. Saiznya adalah standard cdrom sekitar 600-700M dan tiada masalah bagi mereka yang mempunyai broadband. Setelah selesai download dan burn ke atas CDR, proses instalasi dimulakan. PC yang saya gunakan ialah:QUOTE
Intel Celeron 1.7G, MSI MB
256MB RAM, 20GB Maxtor HD
Nvidia Geforce2 MX 64MB AGP,
C-Media based Sound card, Ethernet Card, Matshita CD-R/W
256MB RAM, 20GB Maxtor HD
Nvidia Geforce2 MX 64MB AGP,
C-Media based Sound card, Ethernet Card, Matshita CD-R/W
Perlu diingatkan Arch Linux khusus untuk i686, bermakna anda memerlukan sekurang-kurangya Pentium II PC. Proses install bermula spt biasa dengan memasukkan CD Arch Linux ke dalam CDROM drive dan boot pc. Anda akan disambut dengan message boot: ... : Cuma tekan Enter dan Arch Linux akan boot untuk memulakan proses installasi. Seterusnya anda akan diberi satu shell prompt. Di sini anda boleh membuat beberapa perkara seperti load modules untuk network tetapi saya tidak perlukan semua itu. Untuk install saya hanya perlu taip:
CODE
# /arch/setup
Satu message box akan keluar ..
CODE
Welcome to Arch Linux Installation program. The process is fairly straightforward and you should run through the options in the order they are presented ......
Tekan Enter dan anda akan diberi pilihan sama ada untuk install daripada CDROM atau FTP. Saya pilih CDROM.Main Menu untuk installation akan keluar. Terdapat 7 langkah utama.
CODE
1) Prepare Harddrive
2) Select Packages
3) Install Packages
4) Install Kernel
5) Configure System
6) Install Bootloader
7) Exit Install
2) Select Packages
3) Install Packages
4) Install Kernel
5) Configure System
6) Install Bootloader
7) Exit Install
Bagi mereka yang mula berkenalan dengan Linux mungkin agak 'clueless' sikit di sini, tapi jika diperhatikan step yang perlu dibuat hampir sama dengan mana-mana proses install distro yang lain. Cuma disini tiada GUI dan wizard untuk bantu anda. Saya berhenti seketika disini untuk meneliti kembali Dokumentasi di website arch linux. Step pertama boleh dikatakan agak rumit jika anda tidak biasa membuat partition untuk hard disk (DOS or Linux). Program yang digunakan ialah cfdisk yang agak mudah berbanding dengan fdisk. Terdapat beberapa Pilihan dalam bentuk menu seperti New, Delete, Print, Help dsb, jadi ianya agak membantu. Untuk membuat partition yang baru, saya hanya pilih New dan masukkan saiz partition. Saya hanya membuat satu partition, manakala untuk swap space akan menggunakan swap yang telah dibuat untuk Mandrake 10.0. Kemudian saya perlu menetapkan mount point untuk partition yang telah dibuat. Dalam kes ini saya hanya mempunyai satu partition yang akan dimount kepada /. Setelah selesai, saya pilih Write untuk save partition yang telah dibuat dan kembali ke menu utama.
Langkah yang kedua ialah Select Packages. Disini anda boleh membuat pilihan pakej perisian yang akan diinstall ke dalam sistem anda. Saya hanya pilih Base dan tinggalkan pakej yang lain. Step yang ketiga Install packages. Ia akan mengambil sedikit masa bergantung kepada bilangan pakej yang anda pilih. Selesai yang ini, pergi ke step yang ke empat iaitu Install kernel. Arch Linux mempunyai 4 pilihan kernel iaitu:
CODE
1) 2.6.x-IDE
2) 2.6.x-SCSI
3) 2.4.x-IDE
4) 2.4.x-SCSI
2) 2.6.x-SCSI
3) 2.4.x-IDE
4) 2.4.x-SCSI
Saya pilih 2.6.x-IDE
Step yang kelima ialah Configure System. Saya sangkakan terdapat program yang akan bantu saya untuk buat konfigurasi spt distro yang lain. Rupa-rupanya saya hanya diberi pilihan editor yang akan digunakan iaitu Joe atau vi dan seterusnya diberi senarai fail yang perlu diedit spt. /etc/rc.conf, /etc/fstab.conf, /etc/modules/conf. /etc/modprobe.conf. /etc/lilo.conf dsbnya. Saya pilih /etc/fstab.conf untuk tambah entry swap space, supaya point kepada swap yang telah disediakan untuk Mandrake.
Step yang terakhir ialah install bootloader. Saya pilih lilo. Disini saya telah membuat satu kesilapan. Kebiasaanya dalam distro yang lain, ia akan tanya sama ada kita hendak install lilo di MBR ataupun di root partition. Arch terus install lilo tanpa sebarang pertanyaan dan baru saya teringat, ianya perlukan dilakukan secara sendiri dlm /etc/lilo.conf
Proses boot Arch agak pantas. Ini kerana tiada sebarang services yang dimulakan secara default, malah tiada sebarang program pun diinstall melainkan base system untuk memboleh ia boot. Saya telah set di /etc/rc.conf untuk dapatkan IP melalui dhcp tetapi nampaknya arch tidak dapat configure network. Saya cuba restart network melalui /etc/rc.d/network tetapi masih tidak berjaya. Akhirnya setelah beberapa percubaan, saya dapat 'up'kan network setelah run arahan:
CODE
# ifconfig eth0 up
Macam mana diorang boleh lupa ni. Saya masukkan arahan ni kat /etc/rc.d/network dan cuba restart .. yes dah dapat network. Cuba reboot dan sekarang dah masuk network masa boot. Perkara yang paling saya nak cuba ialah dia punya package manager pacman. Sekarang saya belum ada X, so saya akan cuba install XFree86. Untuk install package yang baru, cuma run:
CODE
# pacman -Sy XFree86
pacman akan sync package database dengan database di server arch dan automatik install package XFree86 dan beberapa dependencies yng lain. Seterusnya saya perlu edit fail /etc/X11/XF86Config sebelum dapat mulakan X. Beberapa percubaan pertama tidak berjaya dan disebabkan malas yang keterlaluan, saya copy fail XF86Config daripada partition Mandrake, buat sedikit perubahan, startx dan yes ....it's working. tapi masih belum ada window manager. terus run pacman cari window manager kegemaran saya:
CODE
# pacman -Ss evilwm
# pacman -Sy evilwm
# pacman -Sy evilwm
arahan yang pertama hanya untuk search package database dan nasib baik ada. Sekarang masa untuk mendapatkan bunyi dan program kegemaran saya ialah mplayer. Seperti biasa
CODE
# pacman -Sy mplayer
akan install mplayer dan beberapa dependecies. Sound modules saya masih tiada, jadi saya cuma # modprobe snd-cmipci, test mplayer and get the sound !! [CODE]MODULES = ('snd-cmipci')[CODE]
Sekarang semua dah settle. Saya teruskan dengan memasang beberapa program lain spt. Firefox, gkrellm, Eterm dan bittorrent client. Setakat ini arch menguruskan dependencies dengan baik. Contohnya bila saya install package bittorrent, pacman akan install python dan wxpython sebagai dependencies. Cukup senang sekali. Arch Build System (ABS) untuk compile program daripada source juga berfungsi dengan baik. Walaupun bilangan package dalam pacman dan ABS tidak setanding dengan FreeBSD Port atau Debian apt-get, saya masih mendapat semua program yang saya selalu gunakan. Pada pendapat saya, Arch Linux ideal untuk mereka yang perlukan custom system tetapi tiada masa untuk mencuba distro spt LFS. Mungkin selepas ini saya akan mencuba Gentoo pula ..
akhirnya siap lah post saya yang paling panjang setakat ini. terima kasih kerana sudi membaca ...
Lain-lain review:
1) http://www.osnews.co...hp?news_id=5971
2) http://lwn.net/Articles/40952/
3) http://home.nyc.rr.c...jutsu/arch.html

Sign In
Register
Help



MultiQuote


