ITTutor.net: WEB HOSTING - ITTutor.net

Jump to content

  • (5 Pages)
  • +
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

WEB HOSTING Rate Topic: -----

#101 Guest_hos-melayu_*

  • Group: Tetamu

Posted 27 December 2004 - 03:12 AM

Nak ke unlimited bandwidth ? Aku ada. Server Apache, OS Unix, support MySql, Perl, Cgi dan apa-apa yang ada pada CPanel 9.9. Disertakan dengan 61 skrip PHP free. Sekali tekan je, dia install automatik. Tak perlu Fantastico sebab Fantastico tu hanya gimik sedangkan fungsi dia tetap sama. Sebelum ada yang nak buat tuduhan kononnya unlimited bandwidth tu takda, AWAK SILAP BESAR ataupun tak reti pasal bandwidth. Sila pegi ke The Planet. Dia orang punya server ada yang unlimited bandwidth dengan kelajuan 10mbps. Karan diaorang pakai generator sendiri jadi boleh bagi unlimited bandwidth. Aku punya hosting, host kat The Planet dengan unlimited bandwidth. Pakai server USA sebab setiap kali orang diseluruh dunia buat connection, talian akan disambung terus ke USA melalui ISP. Surfer boleh surf dengan cepat lagi kalau server kat USA.

Yang takda ialah unlimited space sebab setiap harddisk ada hadnya. Unlimited dan unmetered bandwidth adalah dua perkara yang berlainan maksud.

This post has been edited by hos-melayu: 27 December 2004 - 03:13 AM

0

#102 Guest_sinarmaya_*

  • Group: Tetamu

Posted 07 January 2005 - 09:14 PM

Dapatkan hosting termurah untuk abad ini...hanya RM68 Setahun.Hosting mampu milik dari SinarMaya.net

Spec: (Hosting Mampu Milik)

Space: 50 MB
Data Transfer Monthly : 3 GB
FTP
Unlimited Email
5 MYSQL Database
Fantastico
Easy Cpanel
Webmail{Horde - Neomail - SquirrelMail}


Bayaran ansuran bulanan turut disediakan...(untuk plan tertentu)
Dapatkan segera....
Untuk maklumat lanjut layari SinarMaya
0

#103 Guest_sahabat_dq_*

  • Group: Tetamu

Post icon  Posted 11 January 2005 - 09:41 PM

Tumpang tanya....
Kalau ader bro tu kan dia offer aku untuk kerja ngan dia. Dia bg pc pastu daftar nama syarikat atas nama aku. Dia suruh aku carikkan sesiapa yang nak la kan. Katanya RM200 untuk setahun . Apa pendapat korang. Macam mahal jer. blink.gif
0

#104 User is offline   ihsan Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 1,341
  • Joined: 21-December 02
  • Location:malaysia
  • Interests:counter-strike dan main bola.
  • Kepakaran:MPLS, carrier networks, routing, security, multicast, FreeBSD/OpenBSD dan main bola (scorer sahaja)
  • Freelance:Tidak

Posted 11 January 2005 - 10:14 PM

QUOTE(hos-melayu @ Dec 27 2004, 03:12 AM)
Sila pegi ke The Planet. Dia orang punya server ada yang unlimited bandwidth dengan kelajuan 10mbps. Karan diaorang pakai generator sendiri jadi boleh bagi unlimited bandwidth.

aisehmen sedara, electricity bukan measurement untuk bandwidth. semua datacenter international ada power generator sendiri dan power source redundancy. so benda² ni buat gempak cakap walhal hampir semua dc ada features yang sama.

ps: apa benda tu karan? kalau current tu, saya pahamlah dan saudara silap context. current tu arus dalam bahasa melayu. orang tak guna arus untuk quote power electricity. unit electricity yang patut anda quote adalah va atau watt. smile.gif

QUOTE
Aku punya hosting, host kat The Planet dengan unlimited bandwidth.
http://www.theplanet.../bandwidth.html

the planet takda cakap unlimited network bandwidth pun. kena bayar bandwidth extra adalah. kalau dah unlimited, camana pulak ada extra?

saya rasa saudara yang tak faham dengan konsep network bandwidth. dan kekurangan pemahaman anda tentang network bandwidth ini menyebabkan anda menyangkakan network bandwidth ni expendable resource. dan di atas sebab inilah, anda mengambil kesempatan untuk mengiklankan servis hosting unlimited bandwidth.

untuk informasi anda, tiada bandwidth percuma dalam dunia ni. disebabkan tiada bandwidth percuma dalam dunia, takkan ada provider beri unlimited bandwidth. ever. unlimited bandwidth cuma akan ada bila ada teknologi rangkaian yang boleh scale ke infiniti untuk bandwidth. utk pengetahuan saudara, paling tinggi commercial technology sekarang pun baru 10 GBps. bila nak sampai infiniti? wallahualam.

menurut perkiraan saudara, kalau saya subscribe bawah plan saudara dan saya buat website publish iso linux dan sebagainya, yang mana saya tahu akan menyebabkan semua clients anda yang berada dalam server itu akan dapat speed slow pasal saya guna network bandwidth paling banyak sehingga 30-40 GBps per month, adakah saudara akan tolerate user seperti saya? saya sukalah saudara tapi lagi 30/40 client anda dah ready nak tukar provider.

saya tahulah saudara nak buat duit, nak hidup tapi tolong jangan sebarkan misinformation di sini. ramai user yang tak tahu pasal benda ni dan kalau bagitau benda² macam ni kat diaorang dan diaraong sebarkan kepada orang lain, tak ke haru nanti. buat business kena jujur dan tahu tentang apa yang anda hendak jual, barulah orang sayang. smile.gif

QUOTE
Pakai server USA sebab setiap kali orang diseluruh dunia buat connection, talian akan disambung terus ke USA melalui ISP. Surfer boleh surf dengan cepat lagi kalau server kat USA.

apasal server ittutor lagi laju nak access dari server hos-melayu.com? buat pengetahuan saudara, server ittutor kat malaysia.

QUOTE
Yang takda ialah unlimited space sebab setiap harddisk ada hadnya. Unlimited dan unmetered bandwidth adalah dua perkara yang berlainan maksud.

begitu juga dengan network bandwidth. takkan ada provider bagi unlimited bandwidth. percayalah. sekarang pergi beritahu semua orang.
0

#105 Guest_sinarmaya_*

  • Group: Tetamu

Posted 12 January 2005 - 08:52 PM

Just for info :

Web Hosting Companies that advertise "Unlimited Bandwidth" are giving out false information. In our long history, we have never seen any broadband company offering an internet connection as "Unlimited Megabytes Per Second." So, how could a Web Hosting Company, which normally doesn't even own its own access lines, advertise to customers that it will give them "UNLIMITED BANDWIDTH?" These Web Hosting Companies are lying to the public by placing ads on search engines and hosting directories to attract customers. Most of the time, high bandwidth sites on these "Unlimited" plans will be disconnected, and no refund given. Normally, the Web Hosting Company will say that the site violated its Acceptable Use Policy or Terms of Service. This is the reason why we set up this site, to educate people on the companies that scam individuals. The companies that bring bad feelings towards the word, HOSTING.

More info? just surf Against Unlimited bandwith
0

#106 Guest_dvd_*

  • Group: Tetamu

Posted 13 January 2005 - 11:41 AM

jwp hos-melayu jgn menyorok depan pc lak
0

#107 User is offline   khairul Icon

  • Pegawai Waran 2
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 428
  • Joined: 26-March 02
  • Location:Malaya
  • Interests:Berbincang + bertukar idea

Post icon  Posted 13 January 2005 - 02:20 PM

smile.gif

QUOTE
QUOTE
(hos-melayu @ Dec 27 2004, 03:12 AM)
Sila pegi ke The Planet. Dia orang punya server ada yang unlimited bandwidth dengan kelajuan 10mbps. Karan diaorang pakai generator sendiri jadi boleh bagi unlimited bandwidth.



aisehmen sedara, electricity bukan measurement untuk bandwidth. semua datacenter international ada power generator sendiri dan power source redundancy. so benda² ni buat gempak cakap walhal hampir semua dc ada features yang sama.

ps: apa benda tu karan? kalau current tu, saya pahamlah dan saudara silap context. current tu arus dalam bahasa melayu. orang tak guna arus untuk quote power electricity. unit electricity yang patut anda quote adalah va atau watt.


Saya baru baca thread ni, especially page ini dan mula2 saya pun 'terpegun' dan mula hairan dengan kaitannya arus elektrik dgn bandwidth. Bila baca komen ihsan, saya rasa ianya agak menggelikan hati. Nasihat saya, kalau nak cakap biarlah jelas, tepat dan tak terpesong maksud dan terma yang digunakan -- ini selalu saya tekankan kpd staff saya dulu untuk menjadi system analyst yg bagus, kalau tak tahu cakap lah tak tahu.

Memang betul tak de bandwidth free dan mungkin sebenarnya tak ada 'unlimited bandwidth'. Saya ni bukanlah pengusaha hosting atau yang sentiasa mengikuti perkembangan 'network & hosting'. Tapi rasanya kalau 'unmetered' bandwidth tu baru boleh diterima (terutama bagi orang yg jahil mcm saya).

Saya tertarik pada www.phpwebhosting.com .. dalam statementnya dia memberi unmetered data transfer. Sila rujuk : http://www.phpwebhos...s.html#transfer

Sebenarnya saya baru habis berbual dgn kawan saya, katanya Tomsyer (http://www.tomsyer.com) menawarkan dedicated server dgn harga USD55 sebulan (lebih kurang RM210). Servis mereka baik menurut kawannya. Saya cuma nak meninjau kalau2 ada hosting di malaysia yang menawarkan dedicated server dgn harga yang sama. Melalui kawan saya lagi seorang, beliau boleh mendapat harga serendah USD50/sebulan untuk dedicated server, server yang kini saya dan beliau share sekarang (rasanya di UK).

Terus terang lah, kalau macam ni kredibility dan reputasi 'hos melayu', saya rasa tak nak berlanggan dgn anda. Sebab utamanya ialah penjelasan berkenaan kaitan 'electricity' dgn 'bandwidth'. Lagi satu, ejaan di website anda untuk 'jawab' tu rasanya salah, bukannya 'jawap' (setahu saya lah) . Kata orang : Alah membeli, menang memakai.

IMHO ... kdg2 being direct & blunt pun orang marah juga walaupun niat betul.. anyway, minta maaf kalau ada yang tak gemar dgn posting saya ni.

smile.gif

This post has been edited by khairul: 13 January 2005 - 02:33 PM

0

#108 Guest_hos-melayu_*

  • Group: Tetamu

Posted 07 February 2005 - 12:39 AM

Ewah..ewah.. Bernada menghentam nampak.

QUOTE
jwp hos-melayu jgn menyorok depan pc lak
Tak, aku tak perlu menyorok depan pc. Sebetulnya, aku jarang masuk sini. Baru ni aku masuk.

Mungkin aku tersilap. Aku sepatutnya menaip UNMETERED bukan UNLIMITED. Kawan aku cakap, hosting menghadkan bandwidth misalnya 1000GB untuk mengelakkan penggunakan elektrik yang berlebihan. Penggunaan arus elektrik untuk server akan bertambah jika cpu server digunakan. Untuk mengelakkan charge bil letrik yang tinggi, mereka hadkan bandwidth. Bagi yang punya generator sendiri, masalah ni tak timbul. Sebab tu mereka boleh bagi unmetered bandwidth. Tapi aku pernah tengok dalam web ada sebuah syarikat hosting besar yang offer dedicated server dengan unlimited bandwidth 10mbps dengan bayaran US$3xx sebulan. Aku dah lupa tempat tu. Aku cari dalam google tak dapat.

Sebetulnya, iklan untuk UNLIMITED BANDWIDTH tu bukan untuk server hos-melayu.com. Bulan lepas aku ada sewa server dari seorang Cina Malaysia (www.webbez.com). Dia cakap unlimited bandwidth. So, aku planning nak buat satu hosting yang offer unlimited bandwdith. Tapi bila dah dapat duit, dia dah cabut lari. Ramai client dia komplen. Nama dia richmon Lee. Aku tau dia dari malaysia masa bayar pakai kad kredit. So, hosting unlimited bandwidth dah GAME OVER.

Hos-melayu.com tak pernah offer unlimited bandwidth. Paling tinggi pun plan kami ialah 50000mb bandwidth sebulan.

QUOTE
Terus terang lah, kalau macam ni kredibility dan reputasi 'hos melayu', saya rasa tak nak berlanggan dgn anda. Sebab utamanya ialah penjelasan berkenaan kaitan 'electricity' dgn 'bandwidth'. Lagi satu, ejaan di website anda untuk 'jawab' tu rasanya salah, bukannya 'jawap' (setahu saya lah) . Kata orang : Alah membeli, menang memakai.


saya rasa korang semua pernah mengalami kisah seperti berikut. Katakanlah dalam satu kampung ada 2 buah kedai makan. Tuan kedai A berkata kepada pelanggan-pelanggannya " Jangan kamu pegi kat kedai makan si-B tu. Makanan dia tak sedap. Tengoklah tu, eja nasi briyani pun tak betul. tu lagi satu tu. Adakah patut di tulis CILI, sepatutnya dia tulis LADA. Disebabkan ejaan dia tak betul, mesti makanan dia tak sedap".

Tapi takpelah. Masing-masing ada taktik bisnes dia.
0

#109 User is offline   ihsan Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 1,341
  • Joined: 21-December 02
  • Location:malaysia
  • Interests:counter-strike dan main bola.
  • Kepakaran:MPLS, carrier networks, routing, security, multicast, FreeBSD/OpenBSD dan main bola (scorer sahaja)
  • Freelance:Tidak

Posted 07 February 2005 - 04:24 AM

QUOTE
Kawan aku cakap, hosting menghadkan bandwidth misalnya 1000GB untuk mengelakkan penggunakan elektrik yang berlebihan.
apa? salahkan kawan pulak. tak perlu saudara menegakkan benang yang separuh basah. ini semua karut. network bandwidth takda kaitan dengan jumlah electricity yang jalan. datacenter yang mana server ittutor ni pakai connection keluar beratus-ratus megabit per second, tak pernah pulak diaorang charge saya pakai electricity lebih. ....kejap nak semak bil....nope takda pulak sini tulis extra electricity 1000kW = rm xxx.xxx, seterika 700w = rm xxx.xxx.

QUOTE
Penggunaan arus elektrik untuk server akan bertambah jika cpu server digunakan.
cpu server digunakan? apa benda saudara cakap ni? abis tu kalau cpu server tak digunakan sapa pulak yang jampi untuk beri website tu keluar? mambang server?

QUOTE
Untuk mengelakkan charge bil letrik yang tinggi, mereka hadkan bandwidth. Bagi yang punya generator sendiri, masalah ni tak timbul. Sebab tu mereka boleh bagi unmetered bandwidth.
ni semua cerita dongeng. tak pernah pulak saya dengar web hosting provider kena charge bayar power bill terlebih pakai. laugh.gif ada peti ais dengan seterika ke package web hosting ni?

macam mana saudara nak buat business kalau saudara sendiri tak paham pasal business web hosting. saya susah nak percaya pada jampi-jampi yang saudara beri kat atas tu pasal tak boleh diterima oleh akal yang dikurniakan oleh allah s.w.t. saya rasa saudara masuk business hosting ni semberono sahaja, tak tau secara lanjut tentang architecture network untuk servis yang saudara nak provide. saya risaukan client² saudara kalau saudara terus menerus menipu dengan taktik-taktik kotor macam ni.

saya tak kisah saudara masuk ittutor ni selang seminit sekali ke, sebulan sekali ke, seabad sekali ke. apa yang saya kisah ialah cerita² dongeng yang saudara tebarkan untuk menangkap client² yang tidak mempunyai pengalaman dalam menghoskan website diaraong. apa yang saudara tulis ni memesongkan fakta dan memburukkan nama industri web hosting. harap maklum. jikalau saudara ingin menebus kesilapan saudara, sila masuk website ni http://www.webhostingtalk.com untuk berbincang dengan business² web hosting yang lain. saudara akan belajar banyak kat sini, dengan izin allah s.w.t.
0

#110 Guest_Biz_*

  • Group: Tetamu

Posted 09 February 2005 - 01:23 AM

aku pom ngah carik host murah nih...tp x jumpe jumpe agi...
mysql yg pentingnye...
0

#111 Guest_dvd_*

  • Group: Tetamu

Posted 10 February 2005 - 08:43 AM

murah seberapa murah tu ? setau aku hampir semua paid hosting bagi php/mysql.

http://www.pixcle.com/ rm24 setahun
http://www.cttsite.com/detail.htm rm30 setahun
0

#112 User is offline   cIpUt Icon

  • Pegawai Waran 2
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 401
  • Joined: 08-October 03
  • Gender:Male
  • Location:N17, White Hart Lane
  • Interests:membaca dan terus membaca....
  • Freelance:Tidak

Posted 10 February 2005 - 10:22 AM

tabik a bro ihsan...baru la kita suma yg kurang faham pasal biz website ni dapat lebih tau mane satu yang benar...

leh gak masuk sini... biggrin.gif

http://www.meltechsy...et/hosting.html

http://www.mynic.net.my/
0

#113 Guest_hos-melayu_*

  • Group: Tetamu

Posted 10 February 2005 - 11:57 AM

Terima kasih sajalah kerana beri pengetahuan dengan cara seteruk ni. Saya rasa macam ada niat tersirat pula. Berlainan pendapat memang lumrah. Tapi bagi pendapat saya, kalau pun saya (dan kawan saya) ada buat salah tafsiran dengan bandwidth, tak perlulah sedara menyinga meluahkan pendapat sendiri. Nak betulkan keadaan bukannya susah.

Kalau salah, tolong betulkan.
Kalau bengkok, tolong luruskan.
Kalau hitam, tolong putihkan.

Tak perlulah menyinga berapi-api dengan kutukan sampai terpesong kepada semua mambang, jampi serapah, seterika dan peti ais,. Lepas ni mambang apa pulak yang keluar ? Jin ifrit ? Buragas ? Aircond ? Mesin basuh ?

QUOTE
saya risaukan client² saudara kalau saudara terus menerus menipu dengan taktik-taktik kotor macam ni.
Bunyi ayat ni kelihatan baik tapi tersirat fitnah untuk memburukkan saya. Macamana sedara tau saya menipu ? Sedara bukan client saya. Kalau berpunca dari masalah UNLIMITED BANDWIDTH, saya rasa dah dijelaskan server unlimited yang dijual oleh Cina Malaysia (webbez.com) dah takda. Saya tak promote server tu. Server yang saya pakai sekarang bukan jenis unlimited atau unmeterd. Jadi masalah UNLIMITED BANDWIDTH dan hilang. Jadi tak perlulah sedara berapi-api atau mengapi-apikan tentang masalah tersebut lagi. Namun tahniah saya ucapkan kerana ada seorang pelanggan saya yang terpedaya dengan kata-kata saudara disini. Namun saya masih bersyukur, masih ramai pelanggan saya yang menilai berdasarkan pengalaman mereka sendiri dengan hosting saya, bukan menilai berdasarkan kata-kata seseorang yang tidak diketahui apa agendanya. Insaflah dengan fitnah sedara ni. Sesunguhnya keinsafan itu untuk semua orang. Tak perlulah sedara hanya menyuruh saya insaf sampai melupakan hakikat bahawa keinsafan tersebut untuk semua orang dan diri sendiri.

QUOTE
saya tak kisah saudara masuk ittutor ni selang seminit sekali ke, sebulan sekali ke, seabad sekali ke.

Takkanlah disebabkan saya kata saya jarang datang sini sedara pun melenting macam ni. Relax ler.

Saya tak kisah kalau ada yang sokong pendapat sedara. Tapi sambil sokong siap dengan promote sekali macam ada agenda tertentu pulak.

Hanya ayat ini saja yang saya rasa sesuai diberikan untuk jadi renungan bersama :

""Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang ????? membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini.........." (Al Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah S.A.W: "Seburuk- buruk hamba Allah iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecah-belahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang- orang yang baik." (HR: Ahmad)

Tapi kalau tak terima pun takpe. Masing-masing ada pendapat sendiri. KAlau ada sesiapa nak beri pendapat dengan cara yang betul, dipersilakan. Kalau cara teruk mad.gif tu, lebih baik tak payah. Sebab lazimnya pengajaran dengan cara ganas tak dapat diterima orang.
0

#114 User is offline   ihsan Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 1,341
  • Joined: 21-December 02
  • Location:malaysia
  • Interests:counter-strike dan main bola.
  • Kepakaran:MPLS, carrier networks, routing, security, multicast, FreeBSD/OpenBSD dan main bola (scorer sahaja)
  • Freelance:Tidak

Posted 10 February 2005 - 05:56 PM

kalau saudara tak boleh terima kritikan menyinga, jangan cuba hendak menipu. jelas pada saya yang saudara ini bukanlah seorang yang berilmu dalam bidang web hosting ini. saya cadangkan anda buka website yang saya bagi link di atas tu.
0

#115 User is offline   nunjimmimya Icon

  • Pegawai Waran 2
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 487
  • Joined: 29-September 03
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:macam² ada
    macam² boleh
  • Kepakaran:ngadap PC
  • Freelance:Ya

Posted 10 February 2005 - 10:05 PM

jangan la bertekak lagi..
kang topik untuk jual hosting dah jadi topik untuk bergaduh plak...

tak syok la....
links dah ada....fakta dah ada...jadi tak payah la citer panjang..
bagi peluang orang yang cari hosting untuk rujuk topik ni...supaya dia tak baca benda "flaming" ni banyak sangat...biggrin.gif

cuma bagi pendapat
0

#116 User is offline   therion Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 1,976
  • Joined: 23-January 04
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 13 February 2005 - 12:12 PM

Rileks laa hos-melayu, aku rasa ihsan tu cuma nak betulkan/tegur/apa-apa la pada posting kau yg 1st. Yang cakap ada available unlimited bandwidth tu.

QUOTE
Nak ke unlimited bandwidth ? Aku ada. Server Apache, OS Unix, support MySql, Perl, Cgi dan apa-apa yang ada pada CPanel 9.9. Disertakan dengan 61 skrip PHP free. Sekali tekan je, dia install automatik. Tak perlu Fantastico sebab Fantastico tu hanya gimik sedangkan fungsi dia tetap sama. Sebelum ada yang nak buat tuduhan kononnya unlimited bandwidth tu takda, AWAK SILAP BESAR ataupun tak reti pasal bandwidth.


Bukannya nak membunuh business kau. Melainkan business kau bernilai jutaan ringgit. tongue.gif
0

#117 Guest_bintara_*

  • Group: Tetamu

Post icon  Posted 13 February 2005 - 12:41 PM

Langkah yang baik kita berdamai.salam-salam.Takder yang menang takder yang kalah.Tapi yang betul tetap betul lah... Bak kata orang "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan kita yang tak pernah bersua muka" smile.gif
0

#118 User is offline   cIpUt Icon

  • Pegawai Waran 2
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 401
  • Joined: 08-October 03
  • Gender:Male
  • Location:N17, White Hart Lane
  • Interests:membaca dan terus membaca....
  • Freelance:Tidak

Posted 14 February 2005 - 10:03 AM

susah payah..lock je a atau edit mane2 yang tek berkenaan... biggrin.gif
0

#119 User is offline   bulan_terang Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 911
  • Joined: 03-October 03
  • Gender:Male
  • Location:UPM, Serdang
  • Interests:None
  • Kepakaran:Tidak pakar
  • Freelance:Tidak

Posted 07 May 2005 - 05:40 AM

Ini antara kawan saya punya bisness... any comment?.. Rasanya cam dah murah.

http://axs-host.com
0

#120 User is offline   therion Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 1,976
  • Joined: 23-January 04
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 07 May 2005 - 10:47 AM

QUOTE(bulan_terang @ May 7 2005, 06:40 AM)
Ini antara kawan saya punya bisness... any comment?.. Rasanya cam dah murah.

http://axs-host.com


Space 2000 MB
Monthly Bandwidth 35 GB
eMail Account Unlimited
Database Unlimited
Sub-Domain Unlimited
FTP Account Unlimited
Management Sys Cpanel
Add-On System Yes
eMail Filter Yes
with/without WWW Yes
Domain (without .my) FREE


2000mb wuth 35GB monthly bandwidth for 200 per year. Memang murah smile.gif
0

#121 User is offline   nixk Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 1,507
  • Joined: 12-May 03
  • Gender:Male
  • Location:belakang anda
  • Interests:p&c
  • Kepakaran:Bermadah helah dalam puisi cinta luka
  • Freelance:Tidak

Post icon  Posted 08 May 2005 - 10:47 AM

QUOTE(hos-melayu @ Feb 10 2005, 11:57 AM)
Terima kasih sajalah kerana beri pengetahuan dengan cara seteruk ni. Saya rasa macam ada niat tersirat pula. Berlainan pendapat memang lumrah. Tapi bagi pendapat saya, kalau pun saya (dan kawan saya) ada buat salah tafsiran dengan bandwidth, tak perlulah sedara menyinga meluahkan pendapat sendiri. Nak betulkan keadaan bukannya susah.

Kalau salah, tolong betulkan.
Kalau bengkok, tolong luruskan.
Kalau hitam, tolong putihkan.

Saya tak kisah kalau ada yang sokong pendapat sedara. Tapi sambil sokong siap dengan promote sekali macam ada agenda tertentu pulak.

Hanya ayat ini saja yang saya rasa sesuai diberikan untuk jadi renungan bersama :

""Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang ????? membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini.........." (Al Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah S.A.W: "Seburuk- buruk hamba Allah iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecah-belahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang- orang yang baik." (HR: Ahmad)

Tapi kalau tak terima pun takpe. Masing-masing ada pendapat sendiri. KAlau ada sesiapa nak beri pendapat dengan cara yang betul, dipersilakan. Kalau cara teruk mad.gif tu, lebih baik tak payah. Sebab lazimnya pengajaran dengan cara ganas tak dapat diterima orang.


emm..menarik..
teguran bro ihsan kena amik positif.setiap manusia ni berlainan..Rambut sama itam,hati lain2..So,sebenarnya bukan bro ihsan sorang jer rasa nak ngamuk,rasanya ramai gak yang baca iklan saudara tu AMAT TERTARIK,bahkan saya sendiri hampir ingin menukar kepada hosting saudara kalau apa yang anda war warkan itu adalah benar (ULIMITeD).Let say kalau TERBELI hosting anda dgn iklan2 sebegitu,dan kemudian mendapati ianya sebaliknya.macam mana tu?terkilan lah saya..

QUOTE
""Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang ????? membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini.........." (Al Hujurat, ayat 6)
begitu juga kalau nak kempen..pastikan dulu isi yg nak disampaikan itu adalah BENAR .Ingat,sedikit kesilapan dlm menabur janji akan membawa padah dalam soal trust.

QUOTE
Sabda Rasulullah S.A.W: "Seburuk- buruk hamba Allah iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecah-belahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang- orang yang baik." (HR: Ahmad)

Rasul pernah bersabda dan maksudnya lebih kurang menyatakan ada tiga ciri2 sifat org munafik,BILA DIA BERCAKAP DIA DUSTA,BILA BERJANJI DIA MUNGKIR.


p/s: bro ihsan pun kalau menegur,jgn guna cara agak kasar..Niat baik,tapi kadang kala disalah ertikan..Niatnya just tak nak lihat geng2 ittutor tertipu dgn iklan2 yang JANJI KOSONG..itu jer...dlm kes ni mungkin pengiklan secara tak sengaja melakukan kesilapan dlm menyampaikan info..

Ada maksud hadith:La tarlib...la tarlib....la tarlib..(jgn marah 3x).hehe

This post has been edited by nixk: 08 May 2005 - 10:50 AM

0

#122 User is offline   meor Icon

  • Korporal
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 88
  • Joined: 02-September 05
  • Gender:Male
  • Location:Cyberjaya, Kajang, Cheras
  • Kepakaran:MS .NET, SQL Server, Oracle, MS Biztalk, MS SSiS, SAP XI, Lotus Domino, Almost any application Development
  • Freelance:Ya

Posted 25 January 2006 - 10:35 AM

kawan2, tau tak siapa offer hosting ASP .NET, MS SQL 2000. Kalau boleh support .NET Framework 2.0

saya dah tengok http://www.articulat...com/winhost.php, tapi nak tau sesiapa yg pernah pakai (customer's feedback).

Saya nak guna untuk komersial application

Thanks
0

#123 User is offline   bestofel Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 1,072
  • Joined: 15-August 03
  • Gender:Male
  • Location:Serdang, Selangor
  • Interests:Multimedia + Digital Art + Web base application + ICT in agricultural R&D
  • Kepakaran:PHP web application, website / portal & Multimedia Design
  • Freelance:Tidak

Posted 25 January 2006 - 10:41 AM

QUOTE(chatid @ Jan 25 2006, 10:35 AM)
kawan2, tau tak siapa offer hosting ASP .NET, MS SQL 2000. Kalau boleh support .NET Framework 2.0

saya dah tengok http://www.articulat...com/winhost.php, tapi nak tau sesiapa yg pernah pakai (customer's feedback).

Saya nak guna untuk komersial application

Thanks

Saya dah pakai.. Ada dua hosting saya ambil, tapi pakej PHP Myqsl. OK je..customer servis pun ok. Just call / YM je klu ada problem.
0

#124 User is offline   meor Icon

  • Korporal
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 88
  • Joined: 02-September 05
  • Gender:Male
  • Location:Cyberjaya, Kajang, Cheras
  • Kepakaran:MS .NET, SQL Server, Oracle, MS Biztalk, MS SSiS, SAP XI, Lotus Domino, Almost any application Development
  • Freelance:Ya

Posted 25 January 2006 - 10:44 AM

QUOTE(bestofel @ Jan 25 2006, 10:41 AM)
Saya dah pakai.. Ada dua hosting saya ambil, tapi pakej PHP Myqsl. OK je..customer servis pun ok. Just call / YM je klu ada problem.


thanks, server dia kat mana?
0

#125 User is offline   bestofel Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 1,072
  • Joined: 15-August 03
  • Gender:Male
  • Location:Serdang, Selangor
  • Interests:Multimedia + Digital Art + Web base application + ICT in agricultural R&D
  • Kepakaran:PHP web application, website / portal & Multimedia Design
  • Freelance:Tidak

Posted 25 January 2006 - 11:47 AM

QUOTE(chatid @ Jan 25 2006, 10:44 AM)
thanks, server dia kat mana?

Server kat US.
0

#126 User is offline   therion Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 1,976
  • Joined: 23-January 04
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 25 January 2006 - 12:22 PM

chatid, kalau untuk komersial app. aku cadangkan kau pakai webvison (webvision.com.my)
0

#127 User is offline   meor Icon

  • Korporal
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 88
  • Joined: 02-September 05
  • Gender:Male
  • Location:Cyberjaya, Kajang, Cheras
  • Kepakaran:MS .NET, SQL Server, Oracle, MS Biztalk, MS SSiS, SAP XI, Lotus Domino, Almost any application Development
  • Freelance:Ya

Posted 25 January 2006 - 03:26 PM

QUOTE(therion @ Jan 25 2006, 12:22 PM)
chatid, kalau untuk komersial app. aku cadangkan kau pakai webvison (webvision.com.my)


bior betul therion, aku call no dia, "telah ditamatkan perkhidmatan". ko ada kenal sapa2 kat situ yg boleh aku contact?

ko tau tak server diaorang kat mana?
0

#128 User is offline   therion Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 1,976
  • Joined: 23-January 04
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 26 January 2006 - 02:17 PM

Server diorang kat myloca, kebanyakan company yg buat hosting ambik dengan diorang ni. Biasa laa, kat msia hosting company berlapis-lapis. Member aku pernah pakai service diorang, nanti aku ambik contact no, aku pm kau.
0

#129 User is offline   meor Icon

  • Korporal
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 88
  • Joined: 02-September 05
  • Gender:Male
  • Location:Cyberjaya, Kajang, Cheras
  • Kepakaran:MS .NET, SQL Server, Oracle, MS Biztalk, MS SSiS, SAP XI, Lotus Domino, Almost any application Development
  • Freelance:Ya

Posted 26 January 2006 - 03:26 PM

QUOTE(therion @ Jan 26 2006, 02:17 PM)
Server diorang kat myloca, kebanyakan company yg buat hosting ambik dengan diorang ni. Biasa laa, kat msia hosting company berlapis-lapis. Member aku pernah pakai service diorang, nanti aku ambik contact no, aku pm kau.


sori, aku ni baru berjinak dgn hosting, myloca tu kat mana?
0

#130 User is offline   Ridsclan Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 598
  • Joined: 14-October 03
  • Gender:Male
  • Location:Tanah Semenanjung
  • Kepakaran:Joomla
  • Freelance:Ya

Posted 26 January 2006 - 04:59 PM

myloca kat cyberjaya
0

#131 User is offline   meor Icon

  • Korporal
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 88
  • Joined: 02-September 05
  • Gender:Male
  • Location:Cyberjaya, Kajang, Cheras
  • Kepakaran:MS .NET, SQL Server, Oracle, MS Biztalk, MS SSiS, SAP XI, Lotus Domino, Almost any application Development
  • Freelance:Ya

Posted 27 January 2006 - 09:40 AM

QUOTE(Ridsclan @ Jan 26 2006, 04:59 PM)
myloca kat cyberjaya


thanks, aku dah email sekali, tapi takde jawapan. mungkin ramai yg cuti raya awal ni.
0

#132 User is offline   Mr Gunn Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 640
  • Joined: 22-August 05
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat² it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 07 April 2006 - 03:01 PM

Bro semua.... kawan saya perlukan ni...

QUOTE
1) berapa kos daftar web
2) bilangan e-mail yg dia bagi.
3) server dia control ko x?

Apa yg aku nak:

1) e-mail untuk 8 orang
2) server dia control

Apa2 tolong inform aku la...

TQ..


kalau ada sesiapa boleh sediakan perkhidmatan ni..
boleh terus call dia 0126297206 cakap ghani yang bagi tahu...
atau boleh call saya 0126854486 tak dapat try yang ni 0133444999 dan ofis 0388853138

sekian terima kasih...
0

#133 User is offline   Mr Gunn Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 640
  • Joined: 22-August 05
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat² it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 11 April 2006 - 03:12 PM

Bump!!!

tak ada sesiapa boleh tolong ker???
0

#134 User is offline   sniper Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 1,695
  • Joined: 04-June 02
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT & Media Production
  • Kepakaran:Multimedia & Typography
  • Freelance:Tidak

Posted 11 April 2006 - 03:59 PM

terlalu umum sangat tu gunn... sebab yg selalu orang tengok dalam memilih webhosting ni... kapasiti hard disk, data transfer & support tools... ftp/email account tu perkara kecil saja (kecuali kalau kita nak buat email hosting..)

apepun yg mustahak... berapa budget member ko gunn..? hehehee... budget ni penting ni sebab webhosting ada banyak.. cuma harganya je berbeza... laugh.gif
0

#135 User is offline   Mr Gunn Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 640
  • Joined: 22-August 05
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat² it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 11 April 2006 - 05:33 PM

oooo camtu ker?
ok sniper saya pm awak...
0

#136 User is offline   daos Icon

  • Sarjan
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 101
  • Joined: 25-July 05

Posted 25 June 2006 - 03:12 PM

Bina laman web .COM anda sama ada laman BLOG, laman peribadi, laman korporat, galeri foto, forum, portal komuniti, e-commerce shopping carts, portfolio, bilik chat, bisnes Google AdSense dan lain-lain program menarik dengan ruang web anda sendiri! (PHP)

"Di NAMSAHAZ, sesiapa sahaja mampu memiliki laman web peribadi dengan harga rendah & fleksible kami! Hanya RM0.12 per 1MB ruang (tahunan)! Anda tentukan sendiri ruang web anda!"

Berminat!!!

Boleh la mendaftar di

http://www.namsahaz.com/?aff=67

- SPECIAL PROMOTION! -
Kami memberi ruang web PERCUMA!!
Dapatkannya sekarang sementara promosi masih ada!

- Beli lumpsum 500MB (atau lebih) dan dapatkan 100MB PERCUMA!!
- Beli lumpsum 1000MB (atau lebih) dan dapatkan 500MB PERCUMA!!
- Beli lumpsum 2000MB (atau lebih) dan dapatkan 1000MB PERCUMA!!
- Beli lumpsum 3000MB (atau lebih) dan dapatkan 1500MB PERCUMA!!

*untuk pembelian baru atau penambahan saiz

Berminat!!!

Boleh la mendaftar di

http://www.namsahaz.com/?aff=67

"Sokongan & maklum balas yang baik!"
- uniten.com.my

"Saya amat berterima kasih diatas 'customer service' yang cepat dan padat"
- freeiklanpercuma.com

"Terima kasih untuk perkhidmatan anda yang begitu memuaskan sehingga saya dapat mewujudkan laman saya sendiri!"
- visualperc.com

"Saya suka servis anda kerana ianya amat laju"
- skabdullah.net

"Setakat ni, ini la webhosting paling berbaloi pernah saya jumpa"
- susahsenang.com

"Kualiti sokongan anda adalah yang terbaik! Tak pernah saya terfikir anda akan memberi sokongan yang amat terus-terang dan secara peribadi. Saya akan cari awak sekiranya ada terfikir untuk membina website lain. Terima kasih bebanyak Armin."
- sailorest.com

Berminat!!!

Boleh la mendaftar di

http://www.namsahaz.com/?aff=67
0

#137 User is offline   cik.papit Icon

  • Pegawai Waran 2
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 411
  • Joined: 30-January 03
  • Gender:Male
  • Location:taman fakap utama
  • Interests:surfing website, linux, c programming, mobile device programming
  • Kepakaran:expert system, php, JavaME,C
  • Freelance:Tidak

Posted 25 June 2006 - 03:20 PM

QUOTE(hos-melayu @ Dec 27 2004, 03:12 AM) <{POST_SNAPBACK}>
AWAK SILAP BESAR ataupun tak reti pasal bandwidth. Sila pegi ke The Planet. Dia orang punya server ada yang unlimited bandwidth dengan kelajuan 10mbps. Karan diaorang pakai generator sendiri jadi boleh bagi unlimited bandwidth.


Terlawak aku lepas baca kenyataan ni... hahahaha karan == bandwidth? wtf?
0

#138 User is offline   matdin97 Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 1,100
  • Joined: 03-July 01
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 25 June 2006 - 04:10 PM

QUOTE(cik.papit @ Jun 25 2006, 03:20 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Terlawak aku lepas baca kenyataan ni... hahahaha karan == bandwidth? wtf?


weh papit, itu sudah 2 tahun punya ayat ler... masa tu memang karan == bandwidth.. sekang baru tukar.. tongue.gif tongue.gif
0

#139 User is offline   therion Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 1,976
  • Joined: 23-January 04
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 29 June 2006 - 11:59 AM

Ahahaaa, teringat masa tu faris berbalas tembakan dengan sorang members dari brunei tu. laugh.gif laugh.gif
0

#140 User is offline   matdin97 Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 1,100
  • Joined: 03-July 01
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 16 July 2006 - 06:29 PM

ada baca spec satu company ni

Max CPU Consumption : 100 MHz
Max Memory Consumption : 64 MB


Ok tak limitation ni?
0

#141 User is offline   amry Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 2,178
  • Joined: 17-March 03
  • Gender:Male
  • Location:Setapak - Cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Post icon  Posted 16 July 2006 - 06:52 PM

QUOTE(matdin97 @ Jul 16 2006, 06:29 PM) <{POST_SNAPBACK}>
ada baca spec satu company ni

Max CPU Consumption : 100 MHz
Max Memory Consumption : 64 MB


Ok tak limitation ni?

yang ni spec exabytes kan? fyi resepi.net ditransfer ke hosting yang lain sebab kerap kali overlimit spec ni. dan kalau run ittutor di situ, aku agak yakin memang lagi kerap la kena suspend sebab over limit.
0

#142 User is offline   meor Icon

  • Korporal
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 88
  • Joined: 02-September 05
  • Gender:Male
  • Location:Cyberjaya, Kajang, Cheras
  • Kepakaran:MS .NET, SQL Server, Oracle, MS Biztalk, MS SSiS, SAP XI, Lotus Domino, Almost any application Development
  • Freelance:Ya

Posted 16 July 2006 - 09:03 PM

QUOTE(amry @ Jul 16 2006, 06:52 PM) <{POST_SNAPBACK}>
yang ni spec exabytes kan? fyi resepi.net ditransfer ke hosting yang lain sebab kerap kali overlimit spec ni. dan kalau run ittutor di situ, aku agak yakin memang lagi kerap la kena suspend sebab over limit.



hmmm.. bahaya ni, saya baru je subscribe last week untuk windows hosting. tak check pulak pasal processor dan memory ni. Nasib baik ada 30 days money back guarantee.

Thanks!
0

#143 User is offline   amry Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 2,178
  • Joined: 17-March 03
  • Gender:Male
  • Location:Setapak - Cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 16 July 2006 - 11:10 PM

QUOTE(chatid @ Jul 16 2006, 09:03 PM) <{POST_SNAPBACK}>
hmmm.. bahaya ni, saya baru je subscribe last week untuk windows hosting. tak check pulak pasal processor dan memory ni. Nasib baik ada 30 days money back guarantee.

Thanks!

dalam dia punye plan comparison, tak kira la sama ada windows ke linux ke, klik read more untuk tengok full spec. dalam page tu dia ada sebut max cpu consumption 100 MHz dan max memory consumption 64 MB. saya personally tak menggalakkan penggunaan exabytes melainkan website yang bakal dibangunkan tu dijangka tak high traffic ataupun website tu most of the part is static html.
0

#144 User is offline   jEmBaLanG Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 693
  • Joined: 26-June 01
  • Gender:Male
  • Location:Bukit Jalil
  • Interests:C#, WinForms, WPF/Silverlight,WCF,SQL CE 3.5, SQL Server 2005, UI Design Patterns.. Programming for the Enterprise
  • Kepakaran:C#, WinForms, WPF/Silverlight,WCF,SQL CE 3.5, SQL Server 2008
  • Freelance:Ya

Posted 17 July 2006 - 09:26 AM

QUOTE(amry @ Jul 16 2006, 11:10 PM) <{POST_SNAPBACK}>
dalam dia punye plan comparison, tak kira la sama ada windows ke linux ke, klik read more untuk tengok full spec. dalam page tu dia ada sebut max cpu consumption 100 MHz dan max memory consumption 64 MB. saya personally tak menggalakkan penggunaan exabytes melainkan website yang bakal dibangunkan tu dijangka tak high traffic ataupun website tu most of the part is static html.


OO mcm tu ek amry.. thanx.. aku baru bercita2 nak amik windows hosting mcm chatid ckp tu kat exabytes.. package dia menarik tapi tak tau pulak pasal cpu consumption/bandwidth limitation/memory consumption
nih..

Terima kasih !! rolleyes.gif
0

#145 User is offline   amry Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 2,178
  • Joined: 17-March 03
  • Gender:Male
  • Location:Setapak - Cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 17 July 2006 - 09:58 AM

try tengok ni untuk windows hosting: http://www.webhostasp.com/

currently resipi.net and aku punye domain sendiri host kat situ. dia punye control panel quite cikai in comparison to exabytes, tapi serve the purpose la. price-wise, lagi murah dari exabytes. aku takleh nak kata bagus ke tak bagus ke sebab baru je host kat situ. currently aku tengah slow2 create blog engine aku sendiri guna asp.net 2.0. tau mmg ada yang dah siap tapi saja suka2 nak buat sendiri punya. nanti slow2 aku build website tu kalau boleh sume pun yang custom-made punye code.. biggrin.gif
0

#146 User is offline   jEmBaLanG Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 693
  • Joined: 26-June 01
  • Gender:Male
  • Location:Bukit Jalil
  • Interests:C#, WinForms, WPF/Silverlight,WCF,SQL CE 3.5, SQL Server 2005, UI Design Patterns.. Programming for the Enterprise
  • Kepakaran:C#, WinForms, WPF/Silverlight,WCF,SQL CE 3.5, SQL Server 2008
  • Freelance:Ya

Posted 17 July 2006 - 11:10 AM

QUOTE(amry @ Jul 17 2006, 09:58 AM) <{POST_SNAPBACK}>
try tengok ni untuk windows hosting: http://www.webhostasp.com/

currently resipi.net and aku punye domain sendiri host kat situ. dia punye control panel quite cikai in comparison to exabytes, tapi serve the purpose la. price-wise, lagi murah dari exabytes. aku takleh nak kata bagus ke tak bagus ke sebab baru je host kat situ. currently aku tengah slow2 create blog engine aku sendiri guna asp.net 2.0. tau mmg ada yang dah siap tapi saja suka2 nak buat sendiri punya. nanti slow2 aku build website tu kalau boleh sume pun yang custom-made punye code.. biggrin.gif


wuhoo cayalah... kasi tau la kat itutorians nanti perkembangan ko tu ek..

oh yea aku tgk kat webhostasp utk windows hosting, dekat "Bandwidth per month" ada state un-metered hosting... can u elaborate on this..?
0

#147 User is offline   amry Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 2,178
  • Joined: 17-March 03
  • Gender:Male
  • Location:Setapak - Cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 17 July 2006 - 12:12 PM

QUOTE(jEmBaLanG @ Jul 17 2006, 11:10 AM) <{POST_SNAPBACK}>
wuhoo cayalah... kasi tau la kat itutorians nanti perkembangan ko tu ek..

oh yea aku tgk kat webhostasp utk windows hosting, dekat "Bandwidth per month" ada state un-metered hosting... can u elaborate on this..?

aku target bila dah siap at least blog engine tu baru aku letak link kat signature ke memana ke sebab sekarang ni langsung takde content pun.

unmetered bandwidth implies unlimited bandwidth.. enjoy smile.gif
just that ada gak baca orang kata memang unmetered bandwidth tapi bila dah sampai tahap trafik sebegitu banyak hosting tu akan complaint plak kata cpu overusage etc. but then, kalau dah boleh sampai tahap tu, most probably website kita dah really high traffic, pastu income from ads pun dah banyak, and kita pun dah long before pindah ke dedicated hosting plak kan? laugh.gif

takat ni aku pakai still ok la takde masalah. cuma ada sekali je entah camne resipi.net dia boleh divert gi homepage dia. aku email, sekejap lepas tu dia dah fix point balik resipi.net ke tempat yang sepatutnya. aku amik package personal plus.

dari aspek technical support still quite cepat, tapi memang takleh lawan exabytes punye kecepatan IMO. exabytes dia punya technical support memang dalam keadaan biasa sangat cepat reply email, bukan cepat selesaikan masalah. pastu dari aspek control panel, memang exabytes punya quite kemas dan in certain part lagi best dari webhostasp. tapi setakat yang aku pakai, part cp exabytes yang lagi best tu aku still boleh hidup without it, kira not critical feature la pada aku.

dan mungkin sebab kecanggihan exabytes punye hosting tu la dengan cepatnya dia bleh detect website resipi.net guna lebih cpu dan dengan cepatnya dia bleh suspend resipi.net. yang tak berapa best tu brape kali dia suspend resipi.net tapi dia tak letak proper suspend page. instead, dia letak simple text/plain hello world mad.gif . and yes, they did email bila dia suspend tu tapi still tak best la kan letak hello world tu. kurang2 pun letak proper page kata under maintenance ke, server busy ke still boleh terima.
0

#148 User is offline   matdin97 Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Pengendali
  • Posts: 1,100
  • Joined: 03-July 01
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 17 July 2006 - 12:26 PM

korang memang terror bab teka meneka ni.. saya baru ingat nak host web kat situ.. sebab boleh letak 5 domain dalam 1 pakej... exabytes ni webhost terbesar di malaysia. sekarang ni host lebih dari 6000 domain..

pengalaman saya dengan exabytes start tahun 2000. masa mula-mula dia nak betapak... masa tu memang best sebab support tu boss dia sendiri buat. sekarang ni dengar cerita support dia agak problem...

ari tu ingat nak langgan lah.. tertiba tengok dia bagi 100MHz saja.... macam baik host kat rumah jer.. dapat jugak 1800MHz..

tu tanya kat sini... saya banyak run testing script dan memang kadang-kadang akan makan resource banyak.. ada cadangan webhost unix based yang menarik?

cam ittutor ni pun menarik tapi harga lak tak mampu...
0

#149 User is offline   amry Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 2,178
  • Joined: 17-March 03
  • Gender:Male
  • Location:Setapak - Cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 17 July 2006 - 12:32 PM

satu hal sebab pernah host kat exabytes, so boleh teka la spec tu. satu lagi sebab yang lebih membantu ialah setakat ni yang aku pernah jumpa exabytes je la yang terang2 letak spec tu kat website. yang hosting2 lain kalau nak tau kena email sales dia tanya direct. tu pun biasanya jawapan diorang takde yang sebut seterang exabytes punya spec tu.
0

#150 User is offline   mykus Icon

  • Staf Sarjan
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 181
  • Joined: 21-March 06
  • Gender:Male
  • Location:Johor Bahru
  • Kepakaran:PHP, HTML, LINUX
  • Freelance:Ya

Posted 17 July 2006 - 12:47 PM

QUOTE(amry @ Jul 17 2006, 12:32 PM) <{POST_SNAPBACK}>
satu hal sebab pernah host kat exabytes, so boleh teka la spec tu. satu lagi sebab yang lebih membantu ialah setakat ni yang aku pernah jumpa exabytes je la yang terang2 letak spec tu kat website. yang hosting2 lain kalau nak tau kena email sales dia tanya direct. tu pun biasanya jawapan diorang takde yang sebut seterang exabytes punya spec tu.



aku pun pakai exabytes jugak, dia kasi space 1GB pastu mysql database unlimited. mahal gak lah sbb setahun RM 250.00 termasuk domain fee.
0

  • (5 Pages)
  • +
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

1 User(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users